Hamil : Kramp Perut , Upt -ve

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.

1st Pregnancy.

Disini sy ingin kongsikan kisah kehamilan sy yg pertama pada Disember 2014. 

Saya merasakan perlu utk sy create blog ini utk tatapan dan bacaan utk jadi kenangan buat saya, dan juga menjadi rujukan bagi bakal ibu di luar sana.

Saya sudah berumah tangga semenjak 04/05/2013. Tetapi, tiada plan nk anak awal, sbb just nak enjoy dulu la kononnya dgn suami, rakan2 lain yg baru kahwin semua nak hamil secepat mungkin.

Then bila dah ready nak anak baru la mula install apps my calendar sebagainya. Then bermula la TTC ikut kiraan subur yg betul.

Alhamdulillah , dengan usaha beli ubat kesuburan dgn doktor gynae, dgn sekali percubaan selepas period sahaja diberi rezeki dari Allah. Agak terkejut macam tak percaya juga la memula tu.

Ceritanya bermula selepas 2 minggu subur, mcm biasa la bersama dgn suami ketika waktu subur, then seminggu lebih selepas itu, perut rasa cramp2, dlm hati tak kan cepat sangat nak period, sedangkan baru saja lepas waktu subur. Selalunya nak period tiada rasa sakit sengugut. 

So, mcm biasa, instinct keibuan tu mulai timbul, saya merasakan mula berhasil la impian nak menerima anugerah Allah yg xternilai itu. Mula la happy kan, tapi masih terlalu awal nak check upt hamil. Ada juga keluar spot coklat sedikit. Rasanya normal sebab ada baca juga la pengalaman orang lain.

Masih lagi relax jalani rutin mcm biasa. Bila da lewat period maka saja la test upt, tetiba nampak la line kedua selepas beberapa minit. Tersenyum lebar juga la masa tu. Jantung berdegup bukan main kencang.

Excited sangat, bagi tahu suami melalui whatsapp beserta gambar upt 2 line tu. Dia pun happy juga la an, sbb lama juga kahwin, sekarang baru berhasil. Itu pun dengan usaha makan ubat subur doktor beri dan tarikh yg perlu bersama.

Selepas dapat tahu hamil tu, macam biasa la kramp2 perut makin menjadi-jadi. Sakitnya makin menjadi selepas buang air kecil. Sakitnya yang amat la maybe baby nak membesar. 

Dalam hati terdetik, adakah sakit sangat ni Sebab pertama kali hamil. Dalam hati fikir positive saja la. Plan cukup 7 minggu nak pi scan.

Sementara nak tunggu masuk 7 minggu tu, sakit la hai perut , siang dan malam. Selepas buang air kecil, sakitnya mahu makan sejam baru okay.

Morning sickness belum muncul, just kramp2 saja la perut ni, siang malam, on off.  Entah macam mana la an, semenjak hamil tu asyik saja la terperanjat tak memasal. Asyik nampak kelibat2 macam ada orang lalu bagai, padahal duduk rumah seorang saja ni sampai ke malam. 

Sebab suami kerja sendiri, keluar awal pagi pulang lewat malam. Masa tu tak de pula terfikir nak minum air yassin or air zam zam dan berselawat ke apa ke an..

Tiba la waktunya, sepatutnya esok hari jumpe doktor untuk scan lihat kantung baby dan baby, memang dah set appointment dengan doktor.

Macam biasa la , kerap sangat buang air kecil, jadi hari tu ke toilet di rumah, masa nak masuk toilet sambil kaki sarung selipar tu. Memang ada nampak la, macam binatang kecil yg melekap di dinding. 

Agaknya binatang tu terperanjat saya masuk toilet, dia pon terbang ke arah muka saya dengan serta merta, makin lama nampak binatang tu makin besar pula, asalnya kecil sahaja. 

Saya on the spot la mengelak kan badan ke arah kiri dengan pantas, dalam masa yang sama, terasa kantung baby dalam perut dari kanan terbang ke arah kiri di dalam perut. Yurp memang sangat terasa, saya pun terdiam seketika. Istighfar juga la, dengan apa yang sy rasa sebentar tadi.

Plan nak buang air kecil, saya pon mencangkung, selesai tu, sy bangun, bangun je, terus terasa hangat keluar darah hangat panas dengan banyaknya.

Masa tu macam nak menanggis, sebab dapat rasa memang dah gugur la. Sedihnya menanggis, bagi tahu suami yang dah gugur, dia pon tanya la mcm2. Cerita la kan dia. Kene gak la marah sebab asyik la terperanjat, then tak berhati-hati.

Bila darah keluar tu, belom nampak lagi baby keluar, selepas beberapa hari tu baru la baby keluar size kacang tanah tu la size dia, sebab usia kandungan masa tu nak masuk 7weeks an. Memang kecil dan comel. Dapat la lihat dan belek baby pertama sendiri. Masa tu xterfikir pula nk simpan bagi suami lihat, sebab dia balik lambat sgt. 

Sampai la decide pi cuci saja la baki darah yang ada dalam rahim tu. Selepas DNC, sepatutnya pantang 2weeks saja darah da kering. Tetapi hampir 2 months darah keluar dengan banyaknya. Baru betul2 kering habis.

Mungkin ada hikmah juga la gugur, sebab menanggung sakit yang amat sangat utk sampai kandungan 9 bln tu, rasanya xtertanggung, sebab masa hamil tu rasa sakitnya tu sampai bdn menonggeng gulung tahan sakit, merintih gak la sakit, tapi suami kata maybe normal agaknya. 

Itu la dia kisah kehamilan pertama , post seterusnya saya akan ceritakan kisah kehamilan kedua saya pula.

Terima kasih sudi baca sampai habis kisah saya ini. Moga bagi bakal ibu di luar sana yang asyik kerap sangat terperanjat tu, kene la usaha minta air dari ustaz or ustazah or usaha minum air yassin sambil berselawat.

Semoga kisah saya yang lalu dapat membantu anda semua. Jika ada nak komen sila la ya tinggal kan komen anda, sharing kisah anda jika ada yang sama pula kisahnya sakit teramat sangat dan kerap terperanjat benda yang ghaib. 😊😊

Comments

Popular posts from this blog

Hamil : Naik Ruam Gatal Di Perut, Upt Masih -ve (Part 1)

Cara Ketahui Jantina bayi vs kedudukan kantung bayi